Sepinya malam mencengkam jiwa ku.
Sebak di dada hanya Dia yang tahu.
Banyak yang ingin ku luahkan namun tak termampu.
Di mana salah ku, apa pula dengan silap mu?
Manis di bibirku kau selalu diselimutkan.
Adakah kau tahu, itulah kata-kata hati ku?
Berkali-kali ku kucup dahi mu, eratnya lagi pelukkan ku terhadapmu.
Hati ini mengadu agar kau sering bersama ku.
Usah ku renang dasar lautan ataupun mendaki seribu gunung.
Ketahuilah bahwa nafas ini tidak terhenti kerana kau selalu di hatiku.
Hindarilah dari melayankan kemarahanmu.
Bukan ku mahu menyakiti mu, hanya ku ingin berbicara.
Jangan ikut ego mu, mahupun memikirkan yang tidak diingini.
Biar aku simbah api kemarahan di benakmu.
Takkan goyah, walau badai didatangi.
Tak ku hiraukan segala yang berduri.
Bulan dan bintang menjadi saksi.
Aku bersumpah cinta sejati.